Mat Sabu sertai 'flash mob' PRK Pelangai bersama poster 'kembalikan Najib'

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menyertai `flash mob' PRK Pelangai yang turut menyaksikan poster 'kembalikan Najib'
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menyertai `flash mob' PRK Pelangai yang turut menyaksikan poster 'kembalikan Najib'
A
A
A

BENTONG - [DIKEMAS KINI] Kehadiran Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menyertai `flash mob' pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang turut menyaksikan peserta memegang plakad 'kembalikan Najib', mencuri perhatian ramai.

Sekumpulan pemuda memakai baju 'UMNOSiswa' terlibat dalam program berkenaan, berlangsung sempena hari penamaan calon PRK itu pada Sabtu yang menyaksikan persaingan tiga penjuru.

PRK DUN Pelangai merupakan pilihan raya ketiga selepas PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram Johor melibatkan kerjasama dalam parti Kerajaan Perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

BN mempertaruhkan Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong, Datuk Amizar Abu Adam, 50 tahun, yang merupakan anak jati Felda Chemomoi, bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Manakala, PN meletakkan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Bentong, Kasim Samat, 63 tahun, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kasim.

Sementara itu, seperti yang diumumkan, Haslihelmy DM Zulhasli disahkan sebagai calon Bebas yang bertanding menggunakan simbol kereta.

Senarai rasmi calon-calon bagi PRK DUN Pelangai diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail di Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, di sini sekitar pukul 10.15 pagi.

Artikel Berkaitan: