Perarakan bot berhias meriahkan bulan Kebangsaan

Salah sebuah bot yang dihiasi Jalur Gemilang menarik minat pengunjung pada program Perarakan Bot Merdeka, Gotong- Royong Pembersihan Sungai Perak 2023 dan Penanaman Pokok Bakau di Teluk Intan pada Sabtu.

A
A
A

TELUK INTAN - Sebanyak 80 bot berhias menyertai perarakan sempena bulan Kebangsaan peringkat daerah Hilir Perak di Jeti Pokok Asam Pulau Bangau di sini pada Sabtu.

Pegawai Daerah Hilir Perak, Saidi Shaari berkata, program tahunan itu mendapat penyertaan menggalakkan daripada agensi kerajaan, pengusaha pelancongan dan komuniti nelayan darat menghias bot mereka dengan Jalur Gemilang.

"Program ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan bulan Kebangsaan, ia dapat memupuk kesedaran terhadap tanggungjawab pemeliharaan dan pemuliharaan sungai yang menjadi nadi ekonomi komuniti daerah ini menerusi program gotong-royong.

"Usaha kecil ini adalah memastikan sungai ini bersih dan indah. Selain itu, kita akan menanam pokok bakau jenis berembang dalam usaha melestarikan alam sekitar selari dengan pelan Perak Sejahtera 2030," katanya ketika ditemui pada program Perarakan Bot Merdeka, Gotong- Royong Pembersihan Sungai Perak 2023 dan Penanaman Pokok Bakau yang disempurnakan oleh Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Datuk Meor Redwan Mahayudin di sini.

Saidi (kanan) bersama Meor Redwan (tengah) memberikan benih berembang untuk ditanam pada program penanaman pokok bakau di daerah Hilir Perak.
Saidi (kanan) bersama Meor Redwan (tengah) memberikan benih berembang untuk ditanam pada program penanaman pokok bakau di daerah Hilir Perak.

Menurut Saidi, pihaknya merancang untuk menganjurkan pelbagai aktiviti peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi sambutan Tahun Melawat Perak 2024 tidak lama lagi.

"Kita merancang untuk mengadakan pertandingan memancing udang galah dan bot laju. Aktiviti ini diadakan balik bagi memeriahkan kalendar pelancongan negeri.

"Kita juga akan menghidupkan kembali wau pacak yang merupakan pertandingan tradisional yang hanya ada di selatan Perak. Kali terakhir dianjurkan lima tahun lepas," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 80 bot berhias menyertai perarakan bot Merdeka sempena Hari Kebangsaan di Jeti Pokok Asam Pulau Bangau, Teluk Intan pada Sabtu.
Sebanyak 80 bot berhias menyertai perarakan bot Merdeka sempena Hari Kebangsaan di Jeti Pokok Asam Pulau Bangau, Teluk Intan pada Sabtu.

Seorang penduduk yang ditemui, Hanna Thasya Hamid, 23, berkata, perarakan bot boleh dijadikan acara tahunan bagi menarik pengunjung ke Teluk Intan.

"Walaupun sambutan Hari Kebangsaan sudah berlalu, semangat itu masih terasa apabila orang ramai berkumpul di tepi sungai menyaksikan bot-bot berhias ini.

"Kemeriahan program ini perlu diteruskan dengan menganjurkan aktiviti bagi merancakkan lagi ekonomi kecil penduduk sekitar," katanya.