Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

A
A

KUALA LUMPUR - Kadar jangka pendek dijangka stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan RM29.39 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.67 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional sebanyak RM2 bilion setiap satu, masing-masing bagi tempoh tujuh hari, 14 hari dan 21 hari.

Ia juga akan menawarkan satu tender Qard julat kematangan Islam (iRMA) bernilai RM5 bilion untuk sembilan hari sehingga 31 hari dan Bil Antara Bank, Bank Negara (BNIB) bernilai RM500 juta selama 33 hari.

Pada 4 petang, BNM akan mengadakan tender semalaman konvensional sehingga RM23.4 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM12.7 bilion. -Bernama