Dua pelajar antara empat lelaki ditahan berkaitan dadah

Polis merampas 200 biji pil epam dalam serbuan di hadapan sebuah kedai makan di Kampung Repek, Pasir Mas pada Rabu.
Polis merampas 200 biji pil epam dalam serbuan di hadapan sebuah kedai makan di Kampung Repek, Pasir Mas pada Rabu.
A
A
A

PASIR MAS - Polis menahan empat lelaki termasuk dua pelajar sekolah menengah dan merampas 200 biji pil epam dalam serbuan di hadapan sebuah kedai makan di Kampung Repek, dekat sini pada Rabu.

Serbuan jam 9.30 malam itu dilakukan sepasukan anggota dari Balai Polis Pasir Mas.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, kesemua suspek yang ditahan itu masing-masing berusia antara 16 tahun hingga 19 tahun.

"Bagaimanapun salah seorang daripada suspek yang ditahan itu merupakan warganegara Thailand," katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.