Sabah benam cabaran Hougang United

Darren Lok (kiri) meledak dua gol dalam kemenangan 3-1 Sabah ke atas Hougang United.
Darren Lok (kiri) meledak dua gol dalam kemenangan 3-1 Sabah ke atas Hougang United.
A
A
A

SABAH FC tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata selepas menewaskan Hougang United 3-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan H Piala AFC 2023 di Stadium Likas pada Khamis.

Dominasi jelas dipamerkan oleh skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang memberikan tekanan demi tekanan kepada pasukan dari Singapura itu sepanjang 90 minit perlawanan.

The Rhinos membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Gabriel Peres selepas menanduk kemas hantaran daripada Miguel Angel Garrido Cifuentes.

Darren Lok meletakkan Sabah selesa dihadapan pada minit ke-38 apabila menolak masuk bola berpunca sepakan penjuru yang sebelum itu telah ditampan oleh penjaga gol Hougang, Zaiful Nizam Abdullah.