Nik Abduh angkat sumpah Ahli Dewan Negara

Nik Abduh
Nik Abduh
A
A
A
KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, 53, mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Selasa.

Pelantikan Nik Mohamad Abduh bagi tempoh 8 Julai 2023 hingga 7 Julai 2026 itu adalah atas pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Sementara itu, Wan Junaidi ketika mengalu-alukan Nik Mohamad Abduh mengucapkan tahniah atas pelantikannya sebagai senator dan percaya beliau dapat menyumbang untuk menaikkan lagi kualiti perbahasan dan menimbang sebarang usul yang dibawa dalam Dewan Negara.

"Saya menyarankan Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Negara agar lebih proaktif dan kreatif dalam memastikan pendapat intelektual mereka turut disampaikan kepada rakyat melalui media utama dan juga dalam media sosial.

"Adalah penting untuk rakyat secara amnya mengetahui bahawa pendapat dan input-input yang produktif dan kreatif daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Negara memainkan peranan yang penting dalam membahas dan menimbang usul yang dibawa daripada Dewan Rakyat," katanya. - Bernama
Artikel Berkaitan: