Identiti mayat ditemui hampir reput sah R Darvnrajh

Mayat mangsa dipercayai ditemui di kawasan semak Hutan Percha, minggu lalu. (Gambar kecil: Darvnrajh)
Mayat mangsa dipercayai ditemui di kawasan semak Hutan Percha, minggu lalu. (Gambar kecil: Darvnrajh)
A
A
A

MELAKA - Polis mengesahkan mayat hampir reput yang ditemui dengan beberapa kesan tikaman di tepi jalan Ladang Gadek, Kemuning di sini minggu lalu adalah pemuda dari Tampin, Negeri Sembilan yang dilaporkan hilang.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat mangsa baharu diperolehi dan disahkan identiti sebagai pemuda, R Darvnrajh, 24, yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak 10 September lalu.

"Keputusan DNA telah dikeluarkan dengan sampel mangsa yang diuji sepadan dengan sampel keluarga terdekatnya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Media pada Isnin lalu melaporkan mengenai mayat hampir reput tanpa identiti ditemui orang awam di tepi jalan kebun sawit, Ladang Gadek, Kemuning dekat sini pada Sabtu lalu.