Perbelanjaan pelancongan domestik naik kepada RM59.2 bilion pada 2022

Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2022 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan kepada RM59.2 bilion daripada RM17.5 bilion pada 2021. - Gambar hiasan
Lukisan mural dua tokoh pahlawan negara itu menjadi tarikan baharu Kuantan Art Street yang sebelum ini sudah dihiasi pelbagai mural bertemakan kisah rakyat dan identiti negeri Pahang serta lukisan 3 dimensi (3D).
Mural dihasilkan lima pelukis tempatan itu bagi menarik golongan muda untuk menghayati sejarah negeri Pahang dan menghargai perjuangan pahlawan tanah air menentang penjajah selain memulihara bangunan rumah kedai sepanjang Jalan Mahkota dan Jalan Besar yang menjadi warisan bandar Kuantan seterusnya merancakkan aktiviti ekonomi khususnya sektor pelancongan negeri.
--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2022 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan kepada RM59.2 bilion daripada RM17.5 bilion pada 2021. - Gambar hiasan Lukisan mural dua tokoh pahlawan negara itu menjadi tarikan baharu Kuantan Art Street yang sebelum ini sudah dihiasi pelbagai mural bertemakan kisah rakyat dan identiti negeri Pahang serta lukisan 3 dimensi (3D). Mural dihasilkan lima pelukis tempatan itu bagi menarik golongan muda untuk menghayati sejarah negeri Pahang dan menghargai perjuangan pahlawan tanah air menentang penjajah selain memulihara bangunan rumah kedai sepanjang Jalan Mahkota dan Jalan Besar yang menjadi warisan bandar Kuantan seterusnya merancakkan aktiviti ekonomi khususnya sektor pelancongan negeri. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

PUTRAJAYA - Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2022 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan kepada RM59.2 bilion daripada RM17.5 bilion pada 2021, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Rabu.

Laporan DOSM itu adalah berdasarkan Akaun Satelit Pelancongan (ASP) yang dikeluarkan hari ini dan ASP merupakan suatu kerangka statistik untuk mengukur perkembangan industri pelancongan serta sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan perbelanjaan pelancongan domestik pada 2022 menunjukkan peningkatan ketara dalam tiga komponen utama iaitu membeli-belah sebanyak 42.1 peratus, makanan dan minuman 16.4 peratus dan bahan api kenderaan (14.9 peratus).

Bagi perbelanjaan pelancongan antarabangsa, beliau berkata, ia turut menunjukkan peningkatan signifikan iaitu sebanyak RM33.4 bilion berbanding RM0.5 bilion pada 2021.

"Prestasi yang memberangsangkan itu adalah susulan pembukaan semula sempadan negara kepada pelancong antarabangsa pada 1 April 2022, penghapusan keperluan kuarantin dan ujian saringan Covid-19 ketika tiba di Malaysia mulai 1 Ogos 2022," katanya.

Mohd Uzir berkata, perjalanan ke luar negara turut mencatatkan impak ketara dengan perbelanjaan sebanyak RM22.5 bilion pada 2022 berbanding RM10.5 bilion pada tahun sebelumnya, iaitu peningkatan sebanyak 114.6 peratus.

Bagi 2022, beliau berkata, industri pelancongan menyumbang 23.4 peratus kepada keseluruhan guna tenaga dengan 3.61 juta orang bekerja berbanding 3.52 juta orang pada 2021.

Dari segi sumbangan sektor pelancongan kepada KDNK, Mohd Uzir berkata, ia menyumbang 14 peratus atau RM251.5 bilion pada 2022 berbanding 12.8 peratus atau RM198.5 bilion pada tahun sebelumnya, dengan merekodkan pertumbuhan sebanyak 26.7 peratus.

Artikel Berkaitan:

Katanya, KDNK Pelancongan Langsung pada 2022 meningkat kepada RM47.9 bilion daripada RM11.6 bilion pada tahun sebelumnya. - Bernama