Lori rempuh 11 kenderaan: Suasana pilu selubungi Jabatan Forensik

Waris keluarga mangsa mula hadir di Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya sekitar jam 3 petang.
Waris keluarga mangsa mula hadir di Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya sekitar jam 3 petang.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suasana sayu dan pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya apabila waris keluarga mangsa nahas melibatkan 12 kenderaan di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara di sini mula hadir sekitar jam 3 petang tadi.

Ada waris keluarga yang hadir kelihatan menangis teresak-esak menuju ke Jabatan Forensik yang menempatkan mangsa nahas tersebut.

Dalam kemalangan kira-kira jam 10.24 pagi itu, dua penunggang motosikal disahkan maut sementara tujuh lagi individu lain cedera.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa bersama 11 lagi kenderaan lain berhenti bagi memberi laluan untuk konvoi anggota trafik Le Tour de Langkawi (LTdL) di lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang maut merupakan lelaki warga tempatan berumur 25 dan 39 tahun. Mayat mereka dibawa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan lanjut.

"Bilangan mangsa lain yang mengalami kecederaan masih dalam siasatan dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut," katanya

Pada Rabu, sebuah lori merempuh 11 kenderaan termasuk sebuah motosikal pengiring polis dalam nahas mengakibatkan dua individu maut di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara di sini.

Artikel Berkaitan: