Sila log masuk terlebih dahulu.

Dua maut, lori rempuh 11 kenderaan di Putrajaya

20 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 20 SEPTEMBER 2023

Sebuah lori dipercayai telah mengubah laluan dari lorong tengah ke kiri sebelum merempuh 11 kenderaan termasuk sebuah motosikal pengiring polis dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara, Putrajaya pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminuralif Mohd Zoki.

Kejadian kira-kira jam 10.14 pagi itu melibatkan enam kereta, dua lori, tiga motosikal dan sebuah motosikal polis trafik, dengan satu daripada lori terlibat dipercayai melanggar kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan di jalan tersebut.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, akibat kemalangan itu dua individu maut di tempat kejadian.

Katanya, pemandu lori tersebut kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/279953/berita/semasa/dua-maut-lori-rempuh-11-kenderaan-di-putrajaya

Muzik: Shadowlake dari www.bensound.com

Sumber video: perkongsian awam