Netanyahu mahu namakan lokasi di Bukit Golan dengan nama Trump

Netanyahu berjanji untuk mewujudkan komuniti dengan nama Trump.
Netanyahu berjanji untuk mewujudkan komuniti dengan nama Trump.
A
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akan menamakan sebuah lokasi di Bukit Golan dengan nama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf kawasan itu sebagai wilayah milik Israel pada 25 Mac lalu.

Pengumuman itu dibuat ketika mesyuarat Kabinet mingguan semalam yang menyebut Netanyahu telah menamakan lokasi penempatan haram baharu dengan nama pemimpin pro-Israel tersebut.

“Saya berjanji kami akan mewujudkan komuniti dengan menggunakan nama Trump. Saya mahu maklumkan bahawa kami telah memilih lokasi di Bukit Golan dan proses itu telah bermula,” katanya.

Menurut Netanyahu, beliau akan mengemukakan pelan itu untuk kelulusan Kabinet.

Minggu lalu, akhbar Makor Rishon melaporkan komuniti itu akan terdiri daripada 120 keluarga dan akan diwujudkan di Beruchim di utara Golan di mana pelan penempatan awal yang diluluskan pada 1991.

Difahamkan, terdapat usaha untuk mewujudkan penempatan di kawasan itu berhampiran komuniti Kela Alon. Sebelum ini, Israel juga merancang untuk menamakan stesen kereta api berhampiran Tembok Barat di Baitulmaqdis sempena nama Trump. - Agensi

Info:

>Terdapat 33 bandar dan perkampungan di Golan dan yang terakhir, Nimrod dibangunkan pada 1999

>Empat daripada 33 komuniti diwujudkan kerajaan pimpinan Parti Buruh pada 1967 ketika Israel menduduki kawasan itu sehingga 1977 ketika Parti Likud mengambil alih kuasa

>Pada 2017, terdapat 50,000 penduduk di Golan yang mana 23,000 daripada mereka adalah Yahudi manakala 27,000 bukan Yahudi

Artikel Berkaitan: