'Saya pantang orang tak bercakap benar' - Radzi Jidin

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menyelar kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menuduhnya ketika penggulungan perbahasan usul berkenaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Mohd Radzi yang juga bekas Menteri Kanan Pendidikan berkata, setelah mendengar kenyataan Anwar itu, beliau hanya kerana mahu mempertahankan maruah selain menyifatkan pantang dengan manusia tidak jujur.
"Jadi, bila dengar perkara ini, saya pantang orang yang tidak bercakap benar dan akan pertahankan maruah saya.
"Atas dunia ini, saya tak takut dengan sesiapa kecuali ALLAH SWT.