Lelaki maut diparang dalam pergaduhan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki maut dalam pergaduhan dengan sekumpulan lelaki dipercayai menggunakan senjata tajam dalam di hadapan sebuah kelab malam di Seksyen 8 di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa yang berusia 28 tahun itu diserang menggunakan senjata dipercayai parang kira-kira jam 6.30 pagi.

"Kejadian berlaku di kawasan luar sebuah pub dan menerusi semakan kamera litar tertutup kita mendapati ada pertengkaran di antara sekumpulan lelaki pada jam 5.32 pagi.

"Kira-kira sejam kemudian, muncul empat kereta jenis Perodua Myvi, Honda HRV, Wolkswagon Golf dan Toyota Camry dan beberapa lelaki keluar menyerang si mati menggunakan senjata disyaki parang,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Zani berkata, mangsa kemudian lari masuk ke dalam pub dan disahkan mati pada jam 7.40 pagi oleh pasukan perubatan.

“Polis sudah menahan tiga lelaki berumur 20 hingga 31 tahun dan empat buah kereta beserta tiga bilah parang untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: