Malaysia, Universiti Tshinghua setuju perkukuh kerjasama - PM

Pertemuan Anwar dengan Presiden Universiti Tshinghua, Wang Xiqin yang melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Isnin. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Pertemuan Anwar dengan Presiden Universiti Tshinghua, Wang Xiqin yang melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Isnin. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Universiti Tshinghua dari Beijing, China bersetuju memperkukuh kerjasama dengan Malaysia membabitkan pertukaran pelajar, ahli akademik dan pengkaji selain meluluk peluang mengadakan kajian secara bersama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu antara inti pati pertemuan Anwar dengan Presiden Universiti Tshinghua iaitu Wang Xiqin yang melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Isnin.

"Universiti Tshinghua juga sedang merancang untuk mengadakan program bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China tahun hadapan.

"Harapan saya agar kerjasama ini dapat diperluaskan sementelahan Universiti Tsinghua dikenali sebagai antara yang terkenal dan mendapat pengiktirafan antarabangsa berkaitan kajian akademik dan bidang pendidikan, khususnya melibatkan kejuruteraan, sains dan teknologi,” menurut beliau dalam hantaran di laman Facebook pada Isnin.

Anwar berkata, ketika ini, terdapat sejumlah 350 penuntut Malaysia melanjutkan pengajian di Universiti Tsinghua iaitu yang tertinggi dalam kalangan pelajar asing di universiti tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: