Program Musing Ketang

A
A
A

Pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang mencuba proses pembuatan laksa secara tradisonal dan mengayuh basikal klasik pada Program Musing Ketang di Kampung Budaya Terengganu hari ini.

Gelagat seorang pengunjung mengayuh basikal klasik pada Program Musing Ketang di Kampung Budaya Terengganu hari ini.

Penganjuran Festival 'Musing Ketang' berjaya memperkenalkan budaya dan tradisi Terengganu kepada pengunjung serta pelancong luar.

Musing Ketang merupakan dialek Terengganu yang membawa maksud berjalan ke hulu ke hilir dalam suatu tempat, ia bagi menjelaskan situasi pengunjung untuk berjalan-jalan di tapak acara ini.

Generasi muda juga berpeluang untuk mengenali, mempelajari, dan mendalami serta mewarisi kebudayaan dan kesenian ini agar ia tidak hilang ditelan zaman dalam arus pemodenan. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan: