Gempa bumi 4.8 skala Richter landa wilayah Tuscany, Itali

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ROME - Gempa bumi berukuran 4.8 pada skala Richter melanda wilayah Tuscany, Itali awal pagi Isnin, namun tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan (INGV) merekodkan gempa berhampiran perbandaran Marradi, yang terletak sekitar 45 kilometer timur laut Florence.

Gempa bumi berlaku sekitar jam 5:10 pagi (0310 GMT) waktu tempatan diikuti beberapa gegaran susulan yang lebih lemah.

Gegaran dirasai di bandar Florence serta di beberapa bahagian wilayah timur Emilia-Romagna, menurut laporan media.

Sekolah-sekolah di Marradi dan kawasan sekitar ditutup pada Isnin sebagai langkah berjaga-jaga. - Bernama

Artikel Berkaitan: