China akan sokong Kerajaan Malaysia jayakan NIMP 2023 - PM

NANNING - China akan memberi sokongan kepada kerajaan Malaysia dalam menjayakan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, China turut menyambut baik dengan cadangan Asian Monetary Fund (AMF) sebagai pemberi pinjaman pilihan terakhir kepada rantau ini semasa krisis kewangan berlaku.
"Pemimpin China memandang tinggi dan menyokong Malaysia Madani dan konsep AMF,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat Li Qiang pada Ahad.
Anwar berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad sempena lawatan kerja beliau ke bandar raya ini bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20.