Siasatan pengurusan Felcra sebelum ini

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk melakukan siasatan menyeluruh terhadap pengurusan Felcra sebelum ini susulan aliran wang tunainya yang merosot teruk.

Gesaan dilakukan oleh Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), Datuk Johari Abdul yang mendakwa aliran wang tunai agensi berkenaan semakin mengecil berbanding 2010 di mana Felcra Berhad mempunyai aliran tunai sebanyak RM3 bilion.

Bagaimanapun pada Jun 2018, jumlah tersebut berkurangan menjadi RM300,000.

"Dan sekarang mungkin hampir kosong, sekali gus berdepan risiko muflis.

"Saya melihat isu yang boleh dilihat iaitu salah urus tadbir," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Turut serta, wakil peneroka iaitu Ketua Peserta Felcra Gelong Pepuyu Bota, Perak, Kapten (B) Usaili Alias; Pengerusi Koperasi Peserta Felcra Jaya Putra Berhad, Jerantut, Pahang, Rosli Ismail; dan Pengerusi Majlis Belia Felcra Malaysia, Mohd Nazri Rosli.

Mengulas lanjut, Johari mendakwa wang tersebut telah disalah guna sewaktu pentadbiran BN sebelum ini sehingga menyebabkan prestasi kewangan agensi berkenaan jatuh merudum.

Artikel Berkaitan: