Cabaran Tze Yong terhenti separuh akhir Terbuka Hong Kong

Tze Yong - Foto AFP
Tze Yong - Foto AFP
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mengakhiri cabaran di Terbuka Hong Kong dengan persembahan terpuji pada Sabtu.

Hong Kong Coliseum, Kowloon menjadi saksi keazaman tinggi Tze Yong untuk bangkit mengasak lawan yang jauh cukup berpengalaman hingga ke set penentuan.

Set pertama asakan lawan pilihan kelima dari Indonesia, Jonatan Christie menyaksikan Tze Yong tewas 19-21.

Set kedua Jonatan yang menghuni tangga keenam dunia dikejutkan kebangkitan luar biasa Tze Yong apabila tewas 21-23.

Set penentuan Jonatan memacu laju meninggalkan Tze Yong, berstatus nombor ke-20 dunia untuk kemenangan 21-13 dalam aksi 1 jam 24 minit.

Tze Yong mara ke separuh akhir selepas menewaskan bintang sensasi Denmark, Magnus Johannesen 21-18, 21-12 dalam masa 46 minit.

Kejayaan Tze Yong mara ke separuh akhir Terbuka Hong Kong Super 500 kembali menggamit semula memori pencapaian di Terbuka India tahun lalu.

Dalam pada itu, cabaran beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie juga terhenti di separuh akhir apabila tewas kepada pemain Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet.

Artikel Berkaitan:

Soon Huat-Shevon yang berstatus nombor 12 dunia tewas kepada aura gandingan ke-23, Chun Man-Ying Suet 12-21, 12-21 dalam masa 34 minit.