9 sekeluarga terbunuh dalam nahas jalan raya di Sindh Pakistan

Sembilan sekeluarga, termasuk pengantin lelaki, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di daerah Ghotki di wilayah Sindh selatan Pakistan pada Jumaat. - Gambar hiasan
Sembilan sekeluarga, termasuk pengantin lelaki, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di daerah Ghotki di wilayah Sindh selatan Pakistan pada Jumaat. - Gambar hiasan
A
A
A

ISLAMABAD - Sembilan sekeluarga, termasuk pengantin lelaki, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di daerah Ghotki di wilayah Sindh selatan Pakistan pada Jumaat, menurut polis.

Menurut polis peronda lebuh raya, kenderaan yang membawa sembilan penumpang itu dirempuh sebuah lori kontena di kawasan luar bandar Rwanti di Lebuhraya Sukkur-Multan di Ghotki.

Polis, pasukan penyelamat dan penduduk tempatan yang bergegas ke lokasi menemukan tiga mayat, manakala enam yang lain cedera.

Kesemua penumpang yang cedera meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, menurut polis.

Xinhua yang memetik polis melaporkan bahawa keluarga malang dari bandar Babaroi di daerah Khairpur di Sindh itu dalam perjalanan ke wilayah Punjab timur untuk menghadiri majlis perkahwinan. - Bernama

Artikel Berkaitan: