Itali: Dua maut, 25 cedera kemalangan babitkan bas bawa migran

Anggota perkhidmatan kecemasan melakukan kerja-kerja menyelamat di lokasi kejadian di mana bas yang membawa pendatang merempuh sebuah lori di Fiano Romano, Itali - Foto: Reuters
Anggota perkhidmatan kecemasan melakukan kerja-kerja menyelamat di lokasi kejadian di mana bas yang membawa pendatang merempuh sebuah lori di Fiano Romano, Itali - Foto: Reuters
A
A
A

ROM - Dua maut manakala 25 lagi cedera selepas sebuah bas hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan sebuah trak di utara Rom pada awal Jumaat.

Bas itu membawa migran dari pulau Sicily selatan Itali ke wilayah Piedmont utara.

Kedua-dua pemandu berusia 32 dan 35 tahun terbunuh dalam nahas itu, seorang pegawai yang tidak mahu dikenali dari syarikat bas Patti Tours memberitahu Xinhua.

Pegawai itu mengesahkan bahawa kemalangan tersebut berlaku kira-kira 2.30 pagi waktu tempatan (0030 GMT), tetapi tidak menyediakan butiran lanjut.

Polis dan pegawai penyelamat tidak segera menjawab permintaan dari Xinhua untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Menurut laporan media, bas itu terbabas ke haluan bertentangan dan bertembung sebuah trak pengangkutan komersial yang besar.

Migran itu adalah sebahagian daripada pencari suaka yang mendarat di Itali, kebanyakannya di pulau kecil di selatan Lampedusa, yang merupakan sebahagian daripada wilayah Sicily.

Kira-kira 6,800 pendatang tiba dalam tempoh 24 jam awal minggu ini, menjadikannya jumlah ketibaan pendatang dalam sehari tertinggi yang pernah direkodkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: