PSG jadi mangsa Nice

Pertahanan Nice, Jordan Lotomba (kiri) cuba mengawal bola daripada dirampas Mbappe dalam aksi Ligue 1 pada Sabtu. - Foto AFP
Pertahanan Nice, Jordan Lotomba (kiri) cuba mengawal bola daripada dirampas Mbappe dalam aksi Ligue 1 pada Sabtu. - Foto AFP
A
A
A

PENYERANG Nice, Terem Moffi menjaringkan dua gol dan mencipta satu bantuan gol untuk membantu pasukannya menang 3-2 ke atas Paris St Germain (PSG) dalam aksi Ligue 1 pada Sabtu.

Ia menjadi kekalahan pertama PSG musim ini sekali gus jatuh di kedudukan ketiga di belakang Nice dan AS Monaco yang kini mendahului liga.

"Nice adalah pasukan yang sangat sukar, dengan rancangan permainan yang sangat menarik.

"Secara fizikal, saya fikir mereka lebih hebat daripada kami dan kemudian mereka sangat bagus dalam semua situasi serangan balas," kata pengendali PSG, Luis Enrique.

Dalam perlawanan itu, Moffi meletakkan Nice di hadapan pada minit ke-21, namun gol itu hanya bertahan 10 minit apabila Kylian Mbappe tampil menyamakan kedudukan buat PSG.

Gergasi Ligue 1 itu memperoleh semula momentum dan berpeluang mendahului sebelum separuh masa pertama berakhir apabila hantaran Ousmane Dembele gagal disambar Mbappe.

Sebaliknya, penyerang Nice, Gaetan Laborde menghukum PSG dengan gol kedua pasukan itu pada minit ke-53 sebelum Moffi sekali lagi mencipta nama selaku penjaring pada minit ke-68.

Mbappe mengembalikan harapan PSG apabila dia kembali mencatatkan gol tiga minit sebelum tamat perlawanan, namun pasukan itu gagal mencari gol penyamaan.

Artikel Berkaitan: