Beri apa sahaja Ela mahu...

Aksi pemain Harimau Muda, Fergus Tierney ketika menentang Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-23 2023 di Stadium Chonburi, Thailand baru-baru ini.
Aksi pemain Harimau Muda, Fergus Tierney ketika menentang Thailand dalam aksi terakhir Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-23 2023 di Stadium Chonburi, Thailand baru-baru ini.
A
A
A

PENGENDALI skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, E Elavarasan perlu mendapat sokongan padu pelbagai pihak untuk membentuk sebuah pasukan mantap bagi mengharungi saingan pusingan akhir Piala Asia B-23 2024 di Qatar tahun depan.

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, kelab perlu membantu pengendali berusia 61 tahun itu dengan melepaskan pemain terbaik masing-masing kerana ia adalah perjuangan buat negara tanpa mengira kejuaraan tersebut tersenarai dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) atau sebaliknya.

Laporan Sukan Sinar pada Jumaat.
Laporan Sukan Sinar pada Jumaat.

Malah, tegas Jamal, penyertaan pemain dalam pasukan kebangsaan sama ada pada peringkat senior atau remaja mampu melonjakkan nilai pemain dan nama kelab tersebut di peringkat domestik serta antarabangsa.

“Harap kelab jangan tamak, fikirkan negara. Lepaskan pemain yang diminta oleh jurulatih negara. Ini masalah profesional. Gaji kelab bayar, tapi apabila ada panggilan daripada skuad kebangsaan, kelab perlu lepaskan. Tiada negara, maka tiada kelab. Demi Malaysia, kelab perlu berkorban.

“Kami dulu apabila dapat panggilan (sertai pasukan negara) akan bergegas pergi. Apabila beraksi dalam pasukan negara, value pemain akan naik dan impak positif akan diperoleh oleh kelab,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Harimau Muda kendalian Elavarasan sebelum ini biarpun layak ke Piala Asia B-23, namun ketumpulan jentera serangan dan corak permainan bekas pengendali Sarawak United itu menerima kritikan warganet dan penganalisis sukan negara.

Elavarasan bagaimanapun komited dan tetap mahu fokus untuk meningkatkan prestasi para pemain menjelang kejohanan tersebut yang dijadualkan berlangsung di Qatar pada April 2024.

Artikel Berkaitan:

Elavarasan ketika mengendalikan sesi latihan Harimau Muda semasa aksi Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand. FOTO: Football Association of Malaysia
Elavarasan ketika mengendalikan sesi latihan Harimau Muda semasa aksi Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand. FOTO: Football Association of Malaysia

Dalam pada itu, Jamal Nasir turut berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membantu Elavarasan yang mesra disapa sebagai Ela membuat persiapan yang cukup rapi dan efektif menerusi aksi persahabatan serta penyediaan kem latihan.

Beliau berkata, pelbagai pihak mengharapkan keputusan cemerlang, namun pasukan tidak dipersiapkan pada tahap optimum untuk berdepan kejohanan penting tersebut.

“Beri apa sahaja yang Ela mahu. Beri Ela peluang dan masa untuk bentuk pasukan serta membuat persiapan bagi membina persefahaman yang baik dalam kalangan pemain.

“Kalau ada 11 pemain bintang pun, tapi masing-masing dengan kepala sendiri, segala perancangan tak jadi. Sebab itu kem latihan perlu dibuat awal dan lebih kerap, selain aksi persahabatan kompetitif yang secukupnya,” katanya.