Harimau Muda layak ke Piala Asia

Harimau Muda mara ke pentas Piala Asia B-23.
Harimau Muda mara ke pentas Piala Asia B-23.
A
A
A

HARIMAU Muda akhirnya mengesahkan tiket ke saingan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) di Qatar tahun depan selepas muncul selaku pasukan naib juara terbaik peringkat kumpulan.

Skuad kendalian E Elavarasan itu menjadi pasukan terakhir layak selaku naib juara terbaik bersama Kuwait, Tajikistan dan China.

Harimau Muda terpaksa menunggu keputusan semua perlawanan kumpulan selepas gagal mara secara automatik ditundukkan Thailand 0-1 dalam aksi terakhir Kumpulan H pada Selasa.

Skuad muda negara perlu bersaing dengan Iran yang sebelum itu tewas kepada Uzbekistan 0-1 sekali gus memiliki mata dan jumlah jaringan yang sama dengan pasukan negara.

Namun, nasib menyebelahi Harimau Muda apabila peraturan mata disiplin dikira dengan Malaysia layak kerana hanya mengutip empat kad kuning berbanding Iran yang mendapat sembilan kad kuning.

Untuk rekod, ini kali ketiga Malaysia layak ke Piala Asia B-23 selepas melakukannya pada 2018 dan 2022.

Pencapaian terbaik skuad negara adalah pada 2018 di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee apabila mara sehingga ke peringkat suku akhir.

Kejohanan Piala Asia B-23 akan berlangsung di Qatar pada 15 April sehingga 3 Mei tahun depan.

Artikel Berkaitan: