Wak Doyok hadiahkan ibu kereta mewah

Wak Doyok. Foto: Instagram Wak Doyok
Wak Doyok. Foto: Instagram Wak Doyok
A
A
A

BERSEMPENA sambutan hari ibu semalam, pelakon yang juga personaliti fesyen, Wak Doyok telah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada ibunya sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan buat wanita yang paling istimewa dalam hidupnya itu.

Malah kata Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 40, kereta pemberiannya itu diharapkan dapat memudahkan dan memberi keselesaan buat ibunya, 76, untuk berjalan-jalan ke rumah sanak saudara mereka nanti.

“Sempena hari ibu hari ini, saya menghadiahkan mak saya sebuah kereta Villfire agar tahun ini mak boleh berjalan-jalan dengan selesa di rumah sanak saudara,” tulisnya sebagai kapsyen pada gambar bersama ibu dan kereta pemberiannya.

Dalam pada itu, Wak Doyok juga mendoakan kesihatan buat ibunya agar dapat menunaikan fardu haji pada tahun ini.

“Semoga mak sihat dan dapat menunaikan fardu haji tahun ini insya-ALLAH,” luahnya.

Pada tahun lalu, Wak Doyok menghadiahkan ibunya sebuah rumah banglo bagi menggantikan rumah lama mereka untuk memberikan lebih keselesaan kepada wanita yang melahirkannya itu.

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram memuji tindakan Wak Doyok yang sentiasa meraikan ibu dengan berkongsi rezeki yang dimilikinya.

Artikel Berkaitan: