Syahredzan gesa polis benarkan Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia

Syahredzan Johan
Syahredzan Johan
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menggesa pihak polis agar membenarkan Pemuda Perikatan Nasional (PN) mengadakan Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di hadapan Kompleks Sogo pada Hari Malaysia, esok.

Beliau berkata, perhimpunan itu perlu dibenarkan selagi mana ia diadakan secara aman.

"Saya sudah tentu tidak menyokong sama sekali perhimpunan mereka tetapi saya nak dalam dewan ini menjadi saksi gesaan saya kepada pihak polis supaya benarkan mereka untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

"Kita sudah lama perjuangkan hak berhimpun dengan aman dan kita harus benarkan. Lagipun, saya tak nak kita lupa bahawa sejak sekian lama perjalanan kita juga di jalanan," katanya menerusi video yang berdurasi 38 saat ketika beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Khamis.

Video berkenaan turut dikongsi oleh Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari di laman Facebook miliknya pada Jumaat.

Ahmad Fadhli dalam satu sidang akhbar pada Ahad lalu memaklumkan pihaknya akan menggerakkan himpunan aman pada 16 September ini di hadapan kompleks beli-belah Sogo susulan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Artikel Berkaitan: