Lelaki warga asing ditahan jadi along

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dalam serbuan di sebuah rumah di Bayan Baru, di sini pada Rabu lepas.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan lelaki berusia berusia 27 itu bekerja sebagai operator kilang di kawasan Bayan Lepas sejak 2014 dengan menggunakan pas lawatan.

"Berdasarkan siasatan awal, suspek disyaki menjalankan kegiatan along sejak tahun lepas dengan menyasarkan pekerja kilang di sekitar Bayan Lepas.

"Lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan sama ada suspek turut melakukan ugutan jenayah jika peminjam gagal menbayar hutang. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!