Lelaki maut motosikal bertembung trak pikap

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan trak pikap di Kilometer 3 Jalan Jelor-Wakaf Bunut berhampiran Lubuk Setar, Pasir Puteh.
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan trak pikap di Kilometer 3 Jalan Jelor-Wakaf Bunut berhampiran Lubuk Setar, Pasir Puteh.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan trak pikap di Kilometer 3 Jalan Jelor-Wakaf Bunut berhampiran Lubuk Setar di sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, mangsa Wan Muhammad Faris Samsudin maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah.

Pembonceng motosikal itu mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Wakaf Bunut menghala ke Jelor.

"Setiba di lokasi, motosikal yang ditunggang mangsa (dipercayai) memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh trak pikap yang datang dari arah hadapan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, pelanggaran itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian.

Ujarnya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Zaizul Rizal memberitahu, individu yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 019-9386224.

Artikel Berkaitan: