Warga asing terjun sungai, sembunyi dalam semak elak dicekup

Cubaan beberapa orang PATI melarikan diri berjaya ditahan pihak JIM Putrajaya semasa Op Sapu di Kampung Bukit Damar, Dengkil, Selangor pada pagi Jumaat.
Cubaan beberapa orang PATI melarikan diri berjaya ditahan pihak JIM Putrajaya semasa Op Sapu di Kampung Bukit Damar, Dengkil, Selangor pada pagi Jumaat.
A
A
A

DENGKIL - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 40 warga asing dalam Operasi Sapu (Op Sapu) di Kampung Bukit Damar, dekat sini awal pagi Jumaat.

Semasa serbuan dilakukan, terdapat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sanggup terjun ke dalam sungai selain menyusup ke dalam kawasan semak untuk melarikan diri.

Namun tindakan itu berjaya digagalkan oleh pasukan operasi JIM Putrajaya.

Pihak JIM turut mengesan rumah PATI yang mempunyai pintu rahsia di bahagian belakang, digunakan untuk meloloskan diri apabila diserbu pihak berkuasa.

Pasukan petugas JIM Putrajaya memeriksa PATI semasa serbuan dilakukan di Kampung Bukit Damar, Dengkil, Selangor pada pagi Jumaat.
Pasukan petugas JIM Putrajaya memeriksa PATI semasa serbuan dilakukan di Kampung Bukit Damar, Dengkil, Selangor pada pagi Jumaat.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, serbuan jam 1 pagi itu dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan JIM Putrajaya hasil maklumat dan risikan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, sebanyak 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) diperiksa dan kesemuanya ditahan atas pelbagai kesalahan.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki warga Bangladesh dan 37 warga Indonesia.

Artikel Berkaitan:

"Pecahan PATI warga Indonesia yang ditahan adalah melibatkan 18 lelaki, wanita (14), tiga kanak-kanak lelaki serta dua kanak-kanak perempuan yang berada di lokasi berkenaan kerana melakukan kesalahan imigresen," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ruslin berkata, kesemua PATI yang ditahan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk tindakan susulan.

Kata beliau, kes akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963, Akta Passport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Menurutnya, JIM akan sentiasa prihatin dengan aduan dan maklumat yang diberikan oleh orang awam.

Sebahagian PATI ditahan JIM Putrajaya dalam Op Sapu yang dilakukan di Kampung Bukit Damar, Dengkil, Selangor pada pagi Jumaat.
Sebahagian PATI ditahan JIM Putrajaya dalam Op Sapu yang dilakukan di Kampung Bukit Damar, Dengkil, Selangor pada pagi Jumaat.

Tegas beliau, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap orang asing yang tinggal secara haram, menyalahguna pas dan melakukan aktiviti tidak bermoral di negara ini.

"Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengupah atau melindungi PATI," ujarnya.