Enam telur komodo naga menetas di zoo

Sebahagian daripada anak komodo yang baru menetas. - Foto Facebook ZooTampa.
Sebahagian daripada anak komodo yang baru menetas. - Foto Facebook ZooTampa.
A
A
A

WASHINGTON - Sebuah zoo Florida mengumumkan penetasan enam ekor komodo naga, spesies terancam yang juga dikenali sebagai biawak terbesar di dunia.

ZooTampa di Lowry Park memaklumkan penetasan tiga komodo betina dan tiga komodo jantan sekali gus menandakan peristiwa penting dalam pemuliharaan spesies berkenaan yang berasal dari Indonesia.

Setelah cukup dewasa, komodo spesis ini boleh mencapai berat sehingga 200 paun dan 10 kaki panjang, lapor United Press International (UPI).

Anak komodo terbabit akan ditempatkan di belakang tabir sebelum bertemu orang ramai pada musim luruh ini.

"Pembiakan yang berjaya ini adalah hasil kerja bertahun-tahun oleh pasukan herpetologi zoo. ZooTampa telah lama menyokong pemuliharaan komodo melalui Program Kemandirian Spesies, dan kami gembira untuk meneruskan sumbangan kami dengan penetasan ini,” menurut zoo itu. - Bernama.

Artikel Berkaitan: