Laksana semula GST: 'Saya akan jawab pada Isnin'

Ahmad Maslan - Foto Awani
Ahmad Maslan - Foto Awani
A
A
A

KAJANG - Persoalan sama ada kerajaan bakal melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) bakal diketahui pada Isnin.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya juga telah menerima beberapa maklum balas daripada ahli-ahli Parlimen dan akan mengulas mengenai perkara itu di dalam Dewan Rakyat.

“Saya akan jawab hari Isnin di Dewan Rakyat mengenai perkara itu (laksana semula GST) sebab perkara ini telah dibangkitkan pelbagai pihak dalam ucapan (Dewan Rakyat).

“Semalam (Rabu) saya bertemu dengan ahli-ahli Parlimen kerajaan mengenai maklum balas mereka tentang Belanjawan 2024, ramai yang hadir ke libat urus dengan ahli-ahli Parlimen dan memang ada beberapa persoalan tentang GST.