FGM 2019: Guru tidak sangka jadi juara

Julianty Idris membawa pulang hadiah RM2,000 dan sijil yang disampaikan Dr Amin di FGM 2019 di Bayan Lepas hari ini.
Julianty Idris membawa pulang hadiah RM2,000 dan sijil yang disampaikan Dr Amin di FGM 2019 di Bayan Lepas hari ini.
A
A
A

BAYAN LEPAS - "Rasa nak rebah dan menangis atas pentas tadi sebab terperanjat. Tak sangka ciptaan inovatif yang saya namakan Beezy Whizzy dipilih sebagai pemenang keseluruhan."

Itulah perasaan yang dirasakan Julianty Idris, 39, selepas merangkul dua anugerah sempena Festival Guru Malaysia (FGM) 2019 di Pusat Konvensyen Setia Spice di sini hari ini.

Guru Sekolah Kebangsaan Rumbia, Alor Gajah, Melaka itu menang bagi kategori Guru Inovatif Individu Prasekolah selain dinobatkan sebagai johan keseluruhan.

"Beezy Whizzy memfokuskan kepada kaedah pembelajaran riang atau fun learning untuk murid-murid prasekolah belajar mengenai matematik, fizikal sains, bahasa Melayu dan lain-lain.

"Kaedah pembelajaran Beezy Whizzy itu ialah ia banyak melibatkan sentuhan dan rasa pada benda yang wujud dan ia lebih cepat dipelajari oleh kanak-kanak kerana mereka akan cepat belajar jika berasa seronok," katanya ketika ditemui di sini.

Julianty membawa pulang hadiah RM2,000 dan sijil yang disampaikan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Amin Senin yang mewakili Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Hadir sama Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Aminudin Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat.

Artikel Berkaitan: