Pengurus syarikat rugi hampir RM200,000 ditipu scammer

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pengurus sebuah syarikat kerugian RM199,996 selepas terpedaya dengan panggilan sindiket penipuan berkaitan penggunaan kad kredit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki warga emas berusia 70 tahun itu menerima pesanan menyatakan dia mempunyai penggunaan kad kredit sebuah bank pada 7 September lalu.

"Mangsa kemudian menghubungi nombor yang terdapat pada pesanan berkenaan dan dimaklumkan berkenaan penggunaan kad kredit terbabit, mangsa membuat penafian mempunyai kad kredit bank berkenaan//

"Mangsa kemudian diminta membuat laporan kepada pihak Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurut beliau, ketika mangsa bercakap dengan sindiket yang menyamar sebagai pegawai BNM menyatakan mereka akan menguruskan permasalahan mangsa dan dia dikehendaki mengikut arahan.

"Mangsa menuruti semua arahan yang diberikan sebelum mendapati wang dalam akaunnya berkurangan sebanyak RM199,996.

"Mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Cheras pada Selasa untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: