Niaga hadapan emas ditutup rendah

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sejajar dengan penurunan niaga hadapan emas semalaman di Bursa Komoditi New York (Comex). - Gambar hiasan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sejajar dengan penurunan niaga hadapan emas semalaman di Bursa Komoditi New York (Comex). - Gambar hiasan
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sejajar dengan penurunan niaga hadapan emas semalaman di Bursa Komoditi New York (Comex).

Penganalisis berkata, pelabur mengambil sikap berhati-hati semasa menunggu data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, yang boleh mempengaruhi jangkaan kadar faedah.

Pada penutup dagangan, kontrak untuk September 2023 turun kepada AS$1,915.60 setiap auns troy daripada AS$1,923.20 setiap auns troy pada Isnin, manakala Oktober 2023 jatuh kepada AS$1,925.20 setiap auns troy daripada US$1,932.80 setiap auns troy.

Kontrak untuk November 2023, Disember 2023, Februari 2024 dan April 2024 semuanya ditutup pada AS$1,933.80 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 20 lot daripada 16 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 73 kontrak daripada 69 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada AS$1,908.55 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 12 September. - Bernama

Artikel Berkaitan: