Operasi Hormat Undang-Undang Fasa 2 tumpu 16 lokasi di ibu negara

Allaudeen memeriksa pemandu sebuah kenderaan di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini pada Rabu.
Allaudeen memeriksa pemandu sebuah kenderaan di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan Operasi Hormat Undang-Undang Fasa 2 bermula 15 hingga 29 September ini di 16 lokasi di sekitar ibu kota.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, operasi penguatkuasaan yang lebih tegas itu akan memfokuskan tujuh jenis operasi iaitu Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Pendaftaran, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.

"Sebanyak 16 lokasi menjadi tumpuan lokasi berkenaan, ini termasuk Persimpangan Jalan Tun Razak, Persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Persimpangan Jalan Raja Laut dan Persimpangan Jalan Sultan Ismail," katanya pada sidang akhbar di Jalan Tun Tan Cheng Lock, di sini pada Rabu.

Beliau berkata, pelaksanaan operasi turut dijalankan pada waktu puncak.

"Pada operasi lalu, kita dapat melihat kesan positif terutama membabitkan kepatuhan orang ramai terhadap peraturan jalan raya," katanya.

Ujarnya lagi, seramai 1,000 pegawai dan anggota polis akan terlibat dalam operasi yang turut melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Alam Sekitar.

"Sebelum ini Polis Kuala Lumpur telah mengeluarkan sebanyak 157,000 saman pada operasi sama Fasa 1 bermula 1 hingga 31 Julai lalu.

"Justeru, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak mengabaikan tanda lalu lintas dan mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua pihak.

Artikel Berkaitan:

"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam melakukan kesalahan jalan raya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!