iPhone 15 guna kabel pengecasan universal

iPhone 15 Pro dipamerkan ketika pengumuman keluaran baharu Apple di California, AS. - Foto AP
iPhone 15 Pro dipamerkan ketika pengumuman keluaran baharu Apple di California, AS. - Foto AP
A
A
A

CALIFORNIA - Apple mengesahkan iPhone keluaran terbaharu tidak akan menggunakan kabel pengecasan biasa keluarannya.

Sebaliknya, iPhone 15 baharu yang diperkenalkan akan menggunakan kabel pengecasan universal, USB-C, seperti yang ditetapkan undang-undang Kesatuan Eropah (EU).

Pengenalan varian terkini peranti paling laris keluaran Apple ini dibuat menjelang sambutan Krismas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, iPhone 15 adalah peranti terbaik dan paling berkemampuan pernah dihasilkan.

Generasi terbaharu iPhone dilengkapi kamera lebih dipertingkat, pemproses lebih cepat, sistem pengecas baharu dan kenaikan harga bagi model paling premium.

iPhone 15 dan 15 Plus dilengkapi skrin lebih besar dan sistem kamera yang dipertingkat.

Sementara iPhone 15 Pro serta Pro Max didatangkan dengan kerangka titanium, yang menjadikan peranti ini lebih kukuh.

Apple turut memperkenalkan butang 'action' untuk edisi Pro dan Pro Max, yang boleh dikhususkan untuk pelbagai fungsi.

Artikel Berkaitan:

Bagi pasaran UK, harga jualan iPhone 15 bermula pada 999 pound.

Bagaimanapun, pakar mempersoalkan sama ada pengguna sedia membayar harga tinggi untuk peranti yang tidak banyak berbeza dengan iPhone edisi sebelumnya. - Awani