DNAA Ahmad Zahid terus dibicara tanpa kesudahan

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ternyata tidak berkesudahan apabila ia menjadi kecoh sewaktu sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Suasana bertukar kecoh apabila pembangkang bangkit mempersoal tindakan Speaker, Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar yang dibawa Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) pada Isnin.

Ahli Parlimen blok pembangkang mendakwa Johari telah berjanji untuk memberi ruang kepada Wan Ahmad Fayhsal, namun tidak ditunaikan menyebabkan mereka menuntut usul berkaitan keputusan DNAA Ahmad Zahid (BN-Bagan Datuk) daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi, dibahaskan.

Susulan daripada itu kes kerajaan didesak untuk segera mengkaji pengasingan kuasa antara Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya bagi memastikan tidak timbul konflik kepentingan dalam kes mahkamah berprofil tinggi.

Pada 1 April lalu, media tempatan melaporkan penganalisis politik dari Pusat Perdana Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Dr Mazlan Ali berkata, jika perkara itu dimuktamadkan, ia pasti dapat membuang persepsi negatif kerajaan berperanan atau campur tangan dalam kes mahkamah sama ada untuk mendakwa atau sebaliknya memandangkan Peguam Negara itu sendiri ialah individu yang dilantik atas syor Perdana Menteri.

Bagaimanapun, isu berkenaan sekali lagi mendapat perhatian meluas susulan daripada keputusan DNAA Ahmad Zahid itu.

Pada 5 September lalu, Presiden Transparency International Malaysia (TI-Malaysia), Dr Muhammad Mohan menegaskan, reformasi institusi berkenaan juga boleh membuktikan komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah menerusi tindakan serius dengan menangkap dan mendakwa pesalah yang menggelapkan dana awam.

Bukan itu sahaja, Masyarakat Sivil Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia turut menggesa kerajaan untuk menunjukkan komitmen serius dalam melaksanakan reformasi institusi dengan kadar segera kerana timbulnya persepsi bahawa sistem keadilan berada dalam situasi genting dan digugat oleh pengaruh yang tidak wajar.

Artikel Berkaitan:

Pada Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan bahawa Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Khas Teknikal ditubuhkan dalam mempercepatkan usaha reformasi pengasingan peranan AG dan Pendakwa Raya.

Demi kesejahteraan negara, kerajaan perlu mempercepatkan usaha tersebut agar masyarakat tidak ragu dengan sistem kehakiman negara.