Mat Sabu sahkan terima memorandum NGO Lawan Lapar

Gambar dimuat naik Mohamad Sabu menerusi aplikasi X pada Selasa.
Gambar dimuat naik Mohamad Sabu menerusi aplikasi X pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengesahkan menerima Memorandum Pertahankan Hak Nelayan dan Petani Demi Keterjaminan Makanan Rakyat Malaysia di pekarangan Parlimen pagi Selasa.

Jelas Mohamad, memorandum yang diterima daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Lawan Lapar itu bertujuan menggesa kerajaan menghentikan semua langkah pengusiran tanah di Perak.

Menurutnya, NGO tersebut turut menyerahkan surat permohonan mengekalkan kawasan Kanthan, Tanah Hitam dan Changkat Kinding di Perak sebagai kawasan pengeluaran sayur.

Gambar dimuat naik Mohamad Sabu menerusi aplikasi X pada Selasa.
Gambar dimuat naik Mohamad Sabu menerusi aplikasi X pada Selasa.

“Saya telah mengarahkan setiausaha politik dan pegawai tugas-tugas khas untuk menerima kedua-dua memorandum berkenaan.

“Ia bertujuan untuk menyatakan masalah yang dihadapi oleh petani berhubung Lesen Pendudukan Sementara (TOL), isu penjualan tanah dan kurangnya sokongan kerajaan kepada pekebun-pekebun kecil.

“Saya turut meminta pegawai untuk menelitinya bagi tindakan susulan,” katanya menerusi hantaran di X pada Selasa.

Berdasarkan laporan media pada Selasa, kumpulan Petani dari Perak dan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat perhimpunan aman selain berarak dari Tugu Negara, Kuala Lumpur ke Parlimen untuk menyuarakan nasib mereka.

Artikel Berkaitan:

Pengerusi Persatuan Peladang Moden, Chemor Tan Tean Chee berkata, kumpulan itu datang dalam keadaan aman dan memberitahu kerajaan tentang kesusahan yang dihadapi mereka dengan menyerahkan memorandum tersebut.