'Saya wakil akar umbi UMNO, mahu kembali perjuangan asal' - Isham Jalil

Isham Jalil
Isham Jalil
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menyangkal kenyataan Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke Siew Fook mengenai cadangan supaya UMNO bertanding sendiri dalam pilihan raya tanpa Pakatan Harapan (PH) bukan sekadar pandangan peribadi, sebaliknya ia mewakili suara akar umbi parti.

Menurutnya, parti keramat itu perlu kembali kepada perjuangan asal iaitu mempertahankan hak-hak orang Melayu dan bukan mengikut telunjuk DAP semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Itu Isham Jalil yang cakap, bukan UMNO' - Anthony

“Saya wakil akar umbi UMNO mahu kembali ke perjuangan asal dengan mempertahankan hak-hak orang Melayu, bukan ikut telunjuk DAP untuk perjuangkan Malaysian Malaysia dan hapuskan hak orang Melayu serta Bumiputera.

“Jika mahu tahu secara tepat apa yang akar umbi mahu, beliau boleh minta kepada kawan-kawan pro-DAP dalam UMNO untuk buat referendum dan tanya tiga juta ahli akar umbi sama ada mereka mahu bekerjasama dengan DAP atau tidak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Pada Isnin, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, cadangan supaya UMNO bertanding sendiri dalam pilihan raya tanpa Pakatan Harapan (PH) hanyalah pendapat peribadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil.

Anthony yang juga Menteri Pengangkutan berkata, cadangan Isham itu bukanlah pendirian rasmi parti berkenaan.

Mengulas lanjut, Isham berkata, perkara tersebut perlu diteliti semula sama ada ingin mempertahankan hak orang Melayu atau menyambut baik perjuangan Malaysian Malaysia DAP.

Ujarnya, perubahan kepada asas perjuangan perlu mempunyai referendum supaya ia tidak menyimpang daripada pendirian parti.

Artikel Berkaitan:

“Sekiranya ada referendum baru kita tahu pandangan mana yang sebenarnya mewakili parti,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isham Jalil dedah mungkin dipecat UMNO minggu ini