Eksploitasi wanita jadi pelayan pub, tiga lelaki direman

PUCHONG - Tiga lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan kes empat wanita warga Myanmar yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, tiga lelaki warga Myanmar berusia 23 hingga 36 tahun ditahan reman bermula Selasa hingga Jumaat bagi membantu siasatan.
"Tiga lelaki itu berperanan sebagai ejen dan majikan selain pembantu majikan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan polis menyelamatkan empat wanita yang dieksploitasi dijadikan pelayan di sebuah pub haram.