Timbalan Menteri Luar Malaysia lawat Hong Kong

Mohamad
Mohamad
A
A
A

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin akan mengadakan lawatan kerja ke Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) mulai Selasa hingga 14 September bagi menghadiri 8th Belt and Road Summit atas jemputan Ketua Eksekutif HKSAR, Lee Ka-chiu.

Beliau akan menjadi panel bagi sesi Dialog Polisi II yang bertajuk "Belt and Road Initiative as a Catalyst for Regional Cooperation and Development”, menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Selasa.

Persidangan kali ini bertemakan "Prospering on a Decade of Collaboration”, menghimpunkan pemimpin negara dan pegawai kanan kerajaan serta tokoh korporat untuk mempromosikan kerjasama perniagaan di dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (Belt and Road Initiative - BRI).

Selain menghadiri sidang kemuncak itu, Mohamad juga akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Kewangan, Paul Chan Mo-po bagi bertukar-tukar pandangan mengenai status semasa kerjasama dua hala dan mengikuti perkembangan beberapa persetujuan yang dicapai antara pemimpin semasa lawatan Ketua Eksekutif John Lee ke Malaysia pada bulan Julai 2023.

Lee Ka-chiu ke Malaysia pada Julai 2023.

Timbalan Menteri Luar juga akan bertemu dengan diaspora Malaysia di Hong Kong semasa lawatan itu, menurut kenyataan itu.

Hong Kong merupakan antara rakan dagang utama Malaysia.

Pada 2022, Hong Kong merupakan rakan dagang kesembilan terbesar Malaysia dengan nilai dagangan berjumlah RM113.20 bilion (AS$25.69 bilion), peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding tahun 2021. - Bernama

Artikel Berkaitan: