Dua budak maut, tiga parah dalam nahas di Semporna

SEMPORNA - Dua kanak-kanak termasuk bayi maut manakala tiga lagi individu dewasa parah selepas terbabit dalam nahas di Kilometer 24 Jalan Semporna-Tawau pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dan bayi lelaki berusia tiga bulan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan itu melibatkan dua kenderaan jenis Proton Saga dan juga pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.
Katanya, Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun dari arah Tawau ke Pekan Semporna dan manakala sebuah lagi kenderaan dari arah bertentangan.