IPD Iskandar Puteri lupus peralatan perjudian

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar melihat barang-barang kes yang akan dilupuskan di Stor Barang Kes, Balai Polis Gelang Patah.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar melihat barang-barang kes yang akan dilupuskan di Stor Barang Kes, Balai Polis Gelang Patah.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri melupuskan barang kes perjudian bernilai RM759,070 di kawasan pentadbiran tersebut, hari ini.

Kesemua barang kes berkenaan terdiri daripada 32 buah kotak mesin, komputer (445), komputer riba (198), tablet (sembilan) dan pencetak mudah alih (32).

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua yang dilupuskan itu merupakan barang kes sejak tahun 2011 hingga 2018.

Menurutnya, polis telah melantik kontraktor dari Kuala Lumpur untuk melakukan kerja pelupusan barang-barang kes terbabit.

"Kesemua barang-barang kes ini telah siap habis bicara, telah selesai kes mahkamah. Kes-kes yang telah kita tangkap sejak tahun 2011 sehinggalah tahun 2018.

"Anggaran nilai masa rampasan itu, dalam lingkungan RM750,000. Pelupusan ini kena mengikut prosedur tertentu, tidak boleh main lupus sebarangan," katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Gelang Patah di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, kesemua barang yang dilupuskan itu terdiri daripada 98 kes perjudian membabitkan serbuan dilakukan oleh pihaknya sepanjang tempoh tersebut.

Artikel Berkaitan: