Bot terbalik di Bakun, satu mayat mangsa ditemui

No Image Caption
A
A
A

BINTULU - Pasukan mencari dan menyelamat mangsa bot terbalik di Ulu Bakun, Batu Keling Empangan Bakun Belaga telah menemui mayat pertama mangsa bot tersebut pukul 11.30 malam semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mayat Wahab Jambul, 50an, salah seorang penumpang bot itu ditemui terapung menurut maklumat yang diterima daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Belaga.

"Usaha mencari serta menyelamat mangsa kedua Law Yew Ngee, 43, diteruskan hari ini," menurut satu kenyataan di sini pagi ini.

Dalam kejadian petang Sabtu lepas, kedua-dua mangsa yang juga pemancing terjatuh ke dalam air setelah bot dinaiki terbalik ketika bergerak ke sangkar ikan manakala pemandu bot Siring Angah, 60, berjaya menyelamatkan diri.

Berdasarkan maklumat saksi kejadian, seorang daripada mangsa yang dipercayai tidak pandai berenang telah memaut rakannya menyebabkan kedua-dua tenggelam ke dasar air. - Bernama

Artikel Berkaitan: