PRK: Perjuangan tidak terhenti walaupun tewas - Zulkifli

Zulkifli Jaafar ketika ditemui pemberita di Bilik Gerakan Utama PN Pulai, Kempas, Johor Bahru pada malam Sabtu
Zulkifli Jaafar ketika ditemui pemberita di Bilik Gerakan Utama PN Pulai, Kempas, Johor Bahru pada malam Sabtu
A
A
A

JOHOR BAHRU - Calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Zulkifli Jaafar memaklumkan bahawa perjuangannya dalam politik tidak akan terhenti walaupun tewas.

Menurut Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulai itu, kemenangan atau kekalahan adalah sesuatu yang lumrah dalam pilihan raya dan beliau serta jentera sudah melakukan yang terbaik sepanjang berkempen.

Beliau berkata, walaupun gagal merampas kerusi itu, namun beliau berpuas hati dengan peratusan undi yang terima PN kerana meningkat berbanding sebelum ini.

"Ini secara tidak langsung menggambarkan sokongan rakyat mula beralih kepada PN. Saya berterima kasih kepada semua jentera yang bertungkus-lumus sepanjang tempoh berkempen, kepada kenalan, sahabat, penduduk Parlimen Pulai.

"Saya terima keputusan ini dan berpuas hati kerana terdapat perkembangan baik berbanding sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita di Bilik Gerakan Utama PN Pulai, Kempas di sini pada malam Sabtu.

Pada PRK Pulai, calon Pakatan Harapan (PH) dan BN, Suhaizan Kayat menang selepas mendapat 48,283 undi manakala Zulkifli (28,642 undi) dan calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi (528 undi).

Suhaizan yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor meraih kemenangan majoriti 18,641 undi sementara peratus keluar mengundi pula berjumlah 47.37 peratus.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) November lalu, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menang kerusi Parlimen Pulai dengan 64,900 undi.

Artikel Berkaitan:

Beliau menewaskan Datuk Nur Jazlan Mohamed daripada BN yang meraih 31,726 undi manakala Loh Kah Yong daripada PN meraih 20,677 undi.

ARTIKEL BERKAITAN:

Nazri menang di DUN Simpang Jeram

PRK: Suhaizan pertahan kemenangan PH di Parlimen Pulai

Kemenangan bukti kerjasama BN-PH diterima pengundi - Nazri

PRK: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan

Kemenangan PH-BN pengiktirafan kepada Kerajaan Perpaduan

Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri

Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri

PRK: Pimpinan Kerajaan Perpaduan ucap tahniah atas kejayaan PH