Serba Wangi tawar promosi menarik di Karnival Pendidikan Sinar Bestari

Ecobrown turut memberikan minuman percuma kepada pengunjung Karnival Pendidikan Sinar Bestari. (Gambar kecil: Nurul Izzah)
Ecobrown turut memberikan minuman percuma kepada pengunjung Karnival Pendidikan Sinar Bestari. (Gambar kecil: Nurul Izzah)
A
A
A

SERBA Wangi Sdn Bhd (Serba Wangi) melalui jenama mereka, ecoBrown dan Nuuna menawarkan promosi hebat sepanjang berlangsungnya Karnival Pendidikan Sinar Bestari.

Eksekutif Pemasarannya, Nurul Izzah Azlan berkata, tujuan promosi itu diadakan adalah untuk meraikan para pelajar yang hadir ke karnival ini.

“Promosi ini berlangsung selama tiga hari dan bakal berakhir pada Ahad. Jadi sesiapa sahaja yang membuat pembelian pada hari ini dan esok, mereka boleh menikmati pelbagai tawaran menarik.

“Di reruai Serba Wangi, kita adakan promosi produk ecoBrown Plus Series. Orang ramai akan menerima satu pek percuma produk berkenaan sekiranya membuat pembelian sebanyak dua pek,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nurul Izzah menjelaskan produk ecoBrown Plus Series begitu sesuai untuk kanak-kanak kerana ia bebas lemak trans dan tinggi dengan vitamin B1, B2, B3 dan B6.

Reruai Serba Wangi menawarkan pelbagai promosi sepanjang berlangsungnya Karnival Pendidikan Sinar Bestari.
Reruai Serba Wangi menawarkan pelbagai promosi sepanjang berlangsungnya Karnival Pendidikan Sinar Bestari.

Tambahnya, ecoBrown juga merupakan salah satu jenama khusus dalam penghasilan produk beras berkualiti tinggi kerana ia kaya dengan nutrien yang menyokong keperluan harian tubuh badan.

Jelas Nurul Izzah, beras keluaran jenama itu mempunyai lapisan luar bijirin yang kaya dengan fiber dan nutrien serta lapisan aleurone dipenuhi lemak penting dalam menyokong kesihatan.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, beliau memberitahu di reruai Serba Wangi bukan sahaja mengetengahkan ecoBrown tetapi turut mempromosikan produk baharu iaitu Nuuna.

“Nuuna merupakan jenama bihun segera yang baharu sahaja dilancarkan pada Januari lalu. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini sambutan bagi produk itu begitu menggalakkan kerana ia berbeza dengan kebanyakan makanan segera.

“Kepada pengunjung yang membuat pembelian dua pek besar Nuuna, mereka akan menerima satu pek kecil bihun segera secara percuma,” katanya.