Polis buru banduan berbahaya lolos penjara AS

Kelibat Cavalcante berjaya dirakam kamera keselamatan di Taman Longwood di Kennett Square, Pennsylvania, pada 4 September lalu. - Foto AFP
Kelibat Cavalcante berjaya dirakam kamera keselamatan di Taman Longwood di Kennett Square, Pennsylvania, pada 4 September lalu. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Perburuan terhadap Danelo Cavalcante, seorang pembunuh yang telah disabitkan kesalahan dan melarikan diri dari penjara di Pennsylvania, kini memasuki hari kesembilan ketika pihak berkuasa terus berusaha mengesannya.

Pegawai penjara Chester County mendedahkan rakaman video awal minggu ini yang menunjukkan Cavalcante melarikan diri dari penjara di Chester County dengan berpaut di celah tembok sempit hanya menggunakan tangan dan kakinya, lapor Agensi Anadolu.

CNN melaporkan bahawa seorang pegawai yang bertugas pada masa kejadian telah dipecat pada Khamis. Dia merupakan seorang veteran penjara selama 18 tahun.

Cavalcante dihukum penjara dan disabitkan kesalahan membunuh bekas kekasihnya pada 2021. - Foto AFP
Cavalcante dihukum penjara dan disabitkan kesalahan membunuh bekas kekasihnya pada 2021. - Foto AFP

Cavalcante, 34, dianggap sangat berbahaya dan melarikan diri dari Penjara Chester County pada 31 Ogos.

Sementara itu, terdapat banyak laporan mengenai kelibat Cavalcante, dengan lapan atau sembilan laporan yang dipercayai pihak polis.

Polis melakukan sekatan jalan raya bagi mengesan seorang banduan berbahaya yang melarikan diri dari penjara di Chester County. - Foto AFP
Polis melakukan sekatan jalan raya bagi mengesan seorang banduan berbahaya yang melarikan diri dari penjara di Chester County. - Foto AFP

Cavalcante dihukum penjara dan disabitkan kesalahan membunuh bekas kekasihnya, Deborah Brandao, 33, di Chester County pada 2021. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan: