JPJ ' panas' lagi

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Agensi kerajaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) panas lagi.

Kali ini melibatkan sindiket lesen terbang yang kembali bermaharajalela di negara ini apabila menawarkan pakej lesen 'gerenti' lulus pada kadar bayaran antara RM500 hingga RM1,200 mengikut kelas.

Ini pendedahan Sinar Siasat minggu ini berdasarkan penyamaran dilakukan wartawan kami selepas mendapat maklumat daripada seorang sumber.

Namun apa yang mengejutkan modus operandi kumpulan sindiket itu sangat mudah apabila sekolah-sekolah memandu bersekongkol dengan menawarkan duit kopi kepada pegawai serta pemeriksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kata sumber itu, sekolah memandu akan mencari mangsa manakala pemeriksa JPJ akan meluluskan ujian memandu calon walaupun melakukan pelbagai kesalahan sewaktu ujian.

Difahamkankan, bagi mengelakkan kegiatan mereka dijejak pihak berkuasa, sindiket itu mensyaratkan semula calon mengikuti semua prosedur memohon lesen termasuk menghadiri kelas dan ujian memandu.

Bagi membongkar kegiatan sindiket itu, Sinar Siasat menjalankan penyamaran lebih dua minggu dengan menjadi calon untuk memohon lesen di beberapa buah sekolah memandu serta turun sendiri ke lokasi ujian memandu.

"Macam mana pun awak akan lulus," janji seseorang.

Artikel Berkaitan:

Ingin mengetahui siapa yang berjanji dan siapa dalang dalam isu ini, dapatkan laporan penuh akhbar Sinar Harian, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Ejen sekolah memandu buat tawaran di laman sosial

Lulus walaupun buat silap

Pegawai JPJ sendiri jadi dalang sindiket

Komplot rasuah sekolah memandu, JPJ