JPJ diarah perbaiki sistem JPJeBid - Anthony

JPJ diarahkan untuk memperbaiki sistem JPJeBid yang berdepan kekangan kapasiti pada waktu puncak.
JPJ diarahkan untuk memperbaiki sistem JPJeBid yang berdepan kekangan kapasiti pada waktu puncak.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperbaiki sistem JPJeBid yang berdepan kekangan kapasiti pada waktu puncak.

Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan telah dimaklumkan mengenai dakwaan kemungkinan berlaku kekurangan tadbir urus berkaitan pendaftaran nombor plat klasik oleh JPJ.

"Susulan maklumat itu yang terkandung dalam dokumen JPJandora Papers, saya telah mengetengahkan perkara tersebut dalam mesyuarat pasca-Kabinet hari ini dan mengarahkan penubuhan sebuah Pasukan Petugas Khas di Kementerian Pengangkutan yang turut akan dianggotai oleh Unit Integriti kementerian,” menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut Anthony, pasukan itu telah diamanah menyiasat dakwaan tersebut dan mengesyorkan penambahbaikan untuk memperkasa ketelusan proses pendaftaran nombor plat klasik. - Bernama

Artikel Berkaitan: