Saintis cipta buah pinggang manusia daripada babi

Sel manusia dimasukkan dalam embrio babi untuk menghasilkan buah pinggang boleh digunakan orang ramai. - Agensi
Sel manusia dimasukkan dalam embrio babi untuk menghasilkan buah pinggang boleh digunakan orang ramai. - Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Saintis China telah berjaya mengembangkan buah pinggang mengandungi sel manusia dalam embrio babi, yang pertama di dunia yang dijangka boleh membantu menangani kekurangan pendermaan organ.

Namun berita baik itu yang diterangkan dalam kajian jurnal Cell Stem Cell pada Khamis telah mencetuskan isu etika bila mana sel manusia turut dijumpai dalam otak babi.

Penyelidik dari Institut Bioperubatan dan Kesihatan Guangzhou memberi tumpuan kepada buah pinggang kerana ia adalah salah satu organ pertama yang mudah berkembang dan selalu dipindahkan dalam perubatan manusia.

"Organ tikus telah berjaya dihasilkan daripada tikus manakala cubaan sebelum ini untuk membiak organ manusia dalam babi, masih belum berjaya.

"Pendekatan kami adalah meningkatkan integrasi sel manusia dalam tisu penerima dan membolehkan kami mengembangkan organ manusia dalam babi,"kata pengarang kanan, Liangxue Lai.

Difahamkan, ia adalah pendekatan berbeza kepada penemuan berprofil tinggi di Amerika Syarikat di mana buah pinggang babi diubah suai secara genetik dan jantungnya diletakkan dalam tubuh manusia. - AFP

Artikel Berkaitan: